Pengalaman
ber’Attachment’
Bismillah…
Bermula : 23.8.15 - 10.9.15
Bertempat :
Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu
Di
Round : A&E
Gaya penulisan
saya formal diawal dan semi diakhirnya…hadapilah
Buat pertama kalinya setelah 4 tahun menuntut
ilmu perubatan, saya pulang dan membuat keputusan untuk ber’attachment’ di HRPZ
2. Semasa belajar di Mesir, dengan diri yang malas dan kelemahan dalam
penguasaan bahasa arab menjadikan sedikit kekangan buat diri ini untuk
mempraktiskan skills perubatan kepada pesakit. 3 tahun pre-clinical dan setahun
clinical year rasanya memang patut memulakan attachment.
“Attachment
ni korang buat bila dah masuk tahun clinical, baru best skit tp tak salah untuk
masuk awal semasa pre-clinical lagi cuma kebiasaannya orang tunggu clinical
yearlah..” itulah kata senior. Kebiasaannya begitulah tapi yang luar biasa tu jarang berlaku. Kenal
seorang senior alex ni, setiap kali dia balik mesti dia buat attachment even
masa tu dia masih lagi di tahun 1 pre-clinical dan sekarang dia antara legend
alex yang banyak disebut orang.
Disebabkan ini adalah kali pertama jadi banyak benda tak tahu. Selepas dari
serahan surat kelulusan uni untuk buat attachment di HRPZ kepada pihak
hospital, tarikh untuk mulakan attachment akan dipilih, round mana satu yang
menjadi idaman ditentukan dan segala keperluan akan diberitahu dan kemudian
email ditunggu sebagai respone dari pengesahan permohonan ini. Sepanjang penantian
hari pertama, beberapa persiapan dibuat. Tanya member-member yang berpengalaman dan revise balik
benda-benda asas seperti vital sign, general examination dan baca juga
berkenaan endemic diseases dekat
Malaysia.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba tetapi
email belum lagi diterima. Coat putih dilipat kemas di dalam beg hitam jenama
adidas. Buku Sarawak Medical Emergency tersimpan elok dan stethoscope jenama
spirit telah siap untuk digunakan bila-bila masa sahaja.Hati dah tak sabar nak
mulakan attachment. Jadi bila keadaan jadi macam ni terus ke pejabat pengurusan
dan berjumpa dengan staff yang menguruskan surat tersebut. Alhamdulillah tiada
masalah pun sebenarnya. Mungkin dia sibuk dengan urusan yang lebih penting. No
biggie asalkan dapat buat attachment.
Bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Inilah
masa yang telah ditetapkan bagi medical students yang buat attachment. ‘Pelatih
Kesihatan’. Gelaran pada nametag kami tapi apabila pesakit melihat coat putih dan stethoscopeditangan
maka kami dipanggil ‘Doktor’ juga.
Seawal jam 8 pagi, kami akan bersama
HO untuk mengikuti round di ward casualty dan doctor specialist akan incharge
sebagai menilai medical report pesakit dari setiap HO. Selalunya jam 10 pagi
akan selesai dan sepanjang berada di setiap katil pesakit kadang-kadang doc
specialist akan menyoal juga medical students tentang basic knowledge dan
selalunya berkenaan dengan normal body physiology, pathophysiology atau
pharmacology dan kadang-kadang ada juga doc yang minta untuk kita yang buatkan
examination or kita diminta untuk bentangkan patient’s history. Pengalaman sendiri,
HO minta saya untuk bentangkan kepada dia tentang BPPV dan HHS. Mahu tak mahu
memang kena bentang juga cuma HO bagi kita masa sehari untuk prepare tapi untuk
kes HHS tu dalam masa 15 min je untuk baca dan bentang. Seram tapi sangat
bermakna.
Habis round ward, kami akan berkumpul dengan
doctor specialist untuk bersoal jawab tentang apa-apa topic menarik dari patient
presentation case dan patient management .Kami juga berpeluang untuk tahu kes
menarik dekat hospital sebagai contoh kes denggi. Kes denggi is a common case dan di Kelantan case denggi
boleh admitted dengan atypical symptoms. Patient mengadu demam panas mengigil
pada hari pertama tapi sudah dalam compensated shock. Usually shock berlaku
hari ke -4 atau ke- 5 dalam critical phase. Sebab itu case denggi penting untuk
dinotify especially when patient complain high fever and present of warning
signs. Ada juga case yang rare contoh Hyperglycemic Hyperosmolarity
Syndrome(HHS). One of the complication of uncontrolled diabetic mellitus. Case
yang rare ini sebagai penambah rasa untuk menaikkan semangat belajar medic
sahaja dan tidak dibincang panjang lebar oleh doc specialist. Yang ditekankan
ialah common diseases.
Pada hari tertentu, akan ada department yang
mengadakan CME iaitu ‘Continuation Medical Education’. CME ini lebih kurang
seperti lecture di zaman medical study. Semua HO dan medical students digalakkan
untuk attend. Menarik juga topic yang
dibentangkan. Sebelum ini dibentangkan perbandingan antara leptospirosis dan
typoid fever dan selepas perbentangan akan ada QnA. CME kebiasaannya hanya
seminggu sekali dan bergantung pada keperluan. Selalunya HO tahu berkenaan CME
jadi boleh tanya HO yang incharge ward jika hari itu ada CME atau tidak. Selepas
ikut ward round kami akan pergi zone lain pula dan yang memang selalu pergi
ialah yellow zone dan red zone.
Dalam
A&E ada 3 zone. Red Zone, Yellow Zone dan Green Zone. Tiga zone ini
dibahagi mengikut keseriusan pesakit. Di red zone, bila admitted patient
selalunya akan dibunyikan loceng.
Kalau nak try buat long case atau short case. Yellow zone dan wad
casualty selalunya jadi pilihan. Waktu pagi biasanya tak ramai sangat dan
sebelah petang selepas zohor tu patient admitted makin ramai. Selepas lunch dan
solat zohor minggu pertama, medical students akan stay sampai ke petang di
mana-mana zone tapi masuk minggu kedua ketiga dan seterusnya, biasanya ini
adalah waktu pulang. Personally library akan jadi pilihan saya untuk stay
selepas zohor sampai asar.
Sedikit cadangan kat kekawan untuk jadikan
attachment terasa ohsem. Masa attachment biasanya kita akan berada dalam satu
group. Semua medical faculties akan ada dalam satu group. So pilih lah
rakan-rakan attachment yang rajin dan suka berkongsi ilmu. Buatkan small group
discussion (SGD). So selepas tamat ward round dalam pukul 10 lebih camtu,
ambillah mana-mana case report yang common dan menarik dari case report
patient. Bila pulang ke rumah, buatlah sedikit ulangkaji berkenaan topic yang
dipilih dalam SGD tu dan pada keesokan harinya ikut rutin pagi macam biasa dan
gap antara round ward dan lunch tu isilah dengan SGD dari topic yang dipilih
semalam. Minta kerjasama dari semua ahli SGD untuk pick topic masing-masing dan
bentangkan. Seriously kalau betul-betul buat memang sangat membantu dan sangat
menarik. Masuk waktu zohor berhentilah rehat, makan dan solat kejab. Lepas tu sambung
balik untuk buat physical examination (PE) untuk shortcase sampailah ke petang
pastu balik rumah.
Alhamdulillah pengalaman sendiri
bersama geng A&E(group SGD) sangat menyeronokkan bahkan masa sampai ke
petang tu tidak terasa bosan malah bertambah semangat untuk belajar medic.
Doakanlah agar berkekalan hamasah ini dan moga dipermudahkan jalan yang berliku
ini dengan dikuatkan jiwa menghadapinya. Moga terselit manfaat.
Akhir sekali saya berpesan kepada kekawan semua
untuk tajdid niat semula. Ambil tahu juga berkenaan dengan sunnah Nabi ketika
menziarahi pesakit sebab rugi sangat jika kita yang memang saban hari bertemu
pesakit tetapi tidak dapat pahala sunnah menziarahi pesakit. Banyak lagi
pengetahuan yang boleh kita persiapkan sebelum mula buat attachment jadi
preparelah betul-betul dan jadilah orang yang kaya dengan niat yang baik-baik. Semoga
dipermudahkan in shaa Allah. Wallahu a’lam.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Pernah msuk wad mana kt hrpz :)
ReplyDeletesetakat ni dekat A&E, medical dan padietric
DeletePernah msuk wad mana kt hrpz :)
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
salam, mcm mne nk apply attachment kat hrpz ye?
ReplyDeletejika anda seorg medical stud, dapatkan dahulu surat kelulusan mengadakan attachment dari uni sendiri dan kemudian hntr surat tersebut ke hospital yg dikehendaki
ReplyDeleteAttchment ni open for all ke only for medical student?
ReplyDelete