Wednesday, May 18, 2011

MANUSIA MEMANUSIAKAN MANUSIA


MANUSIA MEMANUSIAKAN MANUSIA
Bismillahirrahmanirrahim…
Semasa ana darjah 6, ana ada hadiri satu kem dan tema bagi program itu ialah “Manusia Memanusiakan Manusia”. Pada pendapat korang semua, apa yang korang faham pasal tema ini? Kalau bercakap mengenai manusia yang menyampaikan kepada manusia memanglah betul sebab Allah angkat Rasul dalam kalangan manusia pun kerana hanya manusia yang faham sesama manusiakan…
Tapi yang ana nak bercakap sekarang bukan soal ‘menyampaikan’ tetapi  sesuatu yang layak untuk membentuk menusia menjadi insan yang berguna atau khalifah atas muka bumi ini…
Baiklah kalau ana tanya korang, boleh tak seorang pencuri menasihati pencuri yang lain agar tidak mencuri? Pasti tidak boleh kerana dia sendiri yang mencuri..
Boleh tak seekor beruk mengajar beruk yang lain untuk memilih antara kelapa muda dan tua? Sudah pasti tidak boleh kerana yang mengajar beru itu ialah manusia..
Kalau dilihat dan diperhatikan pada pernyataan ana mengenai beruk itu kita boleh fahami sesuatu iaitu seorang atau sesuatu yang mulia sahaja yang mampu mengajar sesuatu yang lain. Manusia pada tingkat yang mulia daripada berukkan jadi manusialah yang mampu mengajar beruk itu…


Jelas di sini bahawa manusia tidak mampu untuk memanusiakan manusia kerana masing-masing pada tahap yang sama dalam erti kata manusia memerlukan sesuatu yang lebih mulia dari manusia…
Agak-agak apakah sesuatu yang lebih mulia dari manusia? Inilah yang dipanggil Agama Islam seperti mana kita biasa dengar “Islam itu agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya”.


Allah menurunkan kepada Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. al-Quran melalui malaikat Jibril a.s. Allah juga telah mengangkat martabat Baginda. Di sinilah yang dikatakan manusia tidak dapat memanusiakan manusia melainkan manusia itu dimanusiakan dengan suatu perkara yang lebih mulia dari manusia.
Inilah sebab pentingnya kita berpegang teguh dengan agama Islam kerana di situlah kita akan mendapat kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment