Bismillahirrahmanirrahim
Salam semua, ana rasa penulisan ana untuk kali ini ialah mengenai
“ Perbezaan antara Iman dan Ilmu”
Ana terdetik untuk tulis pasal benda ni sebab ana sendiri pun baru perasan…
Agak-agaknya apa yang ana gusarkan ye, hem…
Baiklah, semuanya bermula bila ana menyertai satu kursus yang dijalankan di Masjid Panchor iaitu kursus ‘Bina Usahawan Muslim’, ana ada lah sikit-sikit dalam perancangan jangka masa panjang untuk berkolaborasi dalam bidang nih…
Jadi kursus ini majoriti penyertaannya adalah saudara baru kita(muallaf) yang tinggal di PERKIM. Dalam kesempatan ini, ana sempatlah berkenalan dengan mereka dan sedikit sebanyak bertanyakan khabar mereka sebagai saudara baru dalam Islam. Kursus ini berlangsung dari pukul 8.30 pagi sehingga waktu asar…yang seronoknya ialah selepas asar sebab kat masjid biasanya ust.Shafie akan baca ta’lim tapi hari tu diorang yang baca jadi tu yang meriah skit tu hahaha!!
Alhamdulillah nak di jadikan cerita ana berkenalan dengan seorang bekas penganut agama Hindu, memang cerita sakanlah pasal background dia dan bagaimana dia mula terima hidayah sampailah suatu topik dia cakap “kalau kita nakkan ilmu kita bertambah maka kita kena usaha dan begitu juga kalau kita nak iman kita bertambah maka kita kena mujahadah”…dari apa yang dia katakan tu, terdetik dalam benak fikiran ana “eh, ilmu dan iman itu berbeza! Tapi kenapa selama ni aku tak sedar akan hal ini!” .Selesai perbualan itu, ana pulang bersama fikiran yang cuba merungkai maksud kata-kata saudara Islam sebentar tadi hu…mulianya mereka di sisi Allah berbanding diri ana yang hina ini, dalilnya lihatlah pada susunan kata-katanya itu penuh dengan bau-bau hikmah bagi mereka yang ingin memikirkannya..Allahu akhbar!!!
Iman itu adalah ucapan dan perbuatan. Ia dapat bertambah dan berkurang. Mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah termasuk dalam keimanan.(nakal dari shahih Imam Bukhary jilid 1)
Nabi Ibrahim a.s. pernah berkata :
“ Perihal beriman memang telah beriman, tetapi agar tenanglah hatiku”
Keterangan :
Asal mula Nabiullah Ibrahim a.s. mengatakansebagaimana yang tercantum di atas itu ialah kerana beliau a.s. ingin mengetahui dengan mata kepala sendiri sebagaimana cara atau kaifiatnya Allah menghidupkan para makhluk pada hari kiamat nanti sesudah mereka mati. Allah lalu bertanya, apakah belum beriman kepada kekuasaanNya. Beliau a.s. kemudian menjawab bahawasanya dalam hal keimanannya sudah tidak dapat diingkari lagi, ertinya benar-benar tebal dan kokoh keimanannya, tetapi untuk memantapkan hati sanubari nya agar tenang kalbunya. Itulah yang menyebabkan beliau meminta agar supaya diperlihatkan bagaimana cara menghidupkannya kembali itu. Mengenai lanjutan cerita ini dapat diperiksa dalam al-Quran, surah al-Baqarah pada ayat 260.
Dengan jalan menyaksikan sendiri cara menghidupkan apa-apa yang mati itu makin bertambahlah kadar keimanan Nabiullah Ibrahim a.s.
Mu’azd pernah mengatakan kepada kawan-kawannya : “Duduklah di sini bersama kami sesaat untuk menambah keimanan kita”. Yang dimaksudkan oleh mu’adz ialah bersama-sama berzikir kepada Allah Ta’ala, ataupun mengingat-ingat ilmu pengetahuan agama, ataupun hadith Nabi s.a.w. dan lain-lain lagi.
Ibnu Mas’ud berkata : “Keyakinan adalah keimanan secara keseluruhannya”.
Ibnu Umar berkata : “ Seseorang hamba itu tidak akan dapat mencapai hakikat ketaqwaan kepada Allah, sehinggalah ia dapat meninggalkan apa saja yang dirasakan tidak enak dalam hati”.
Secara jelasnya iman itu percaya, sejauh mana keyakinan kita pada apa yang kita percaya maka sejauh itulah keutuhan iman kita…
Macammana pulak nak kaitkan dengan ilmu…
Ilmu merupakan jalan untuk kita menambah kekuatan iman, contohnya :
Semua umat Islam tahu neraka itu ada, betul tak? Tapi kenapa masih sanggup melakukan dosa yang akan membawa kita kepadanya…jadi kalaulah ada segelintir yang mengajak kita minum arak maka secara spontannya terlintas dihati kita,ini ialah suatu perbuatan yang membawa kepada dosa besar tapi apa yang akan menghalang kita dari melakukannya..di sinilah peranan ilmu iaitu dengan mengetahui dan mendalami ilmu agama mengenai indahnya nikmat-nikmat untuk mereka yang bersabar dalam menolak segala pujuk rayu dunia dan betapa pedih dan jeliknya azab yang menanti mereka yang menerima maksiat itu maka kuatlah keyakinan kita akan ilmu yang kita telah pelajari itu lantas membantu menguatkan keyakinan iman dalam diri ini untuk menolak semua itu…
Masalahnya sekarang kenapa terdapat segelintir mereka yang mendalami ilmu agama masih lagi senang dengan maksiat yang dilakukannya sedang dia tahu akan berita azab yang akan menimpanya…inilah sebab dikatakan limpahan ilmu itu tidak mampu menguatkan iman !
Ilmu adalah suatu bab yang berbeza dengan iman…
Walaupun kita sudah berada pada jalan mereka yang mendalami ilmu agama tetapi kita mesti ingat iman boleh rosak dengan mudah jika tidak dijaga malah iman boleh dipunahkan hanya dalam tempoh dua fardu solat sahaja. Inilah sebab pentingnya kita sedar akan kondusi iman kita sekarang ..
Ingat kawan, Rasulullah pernah bersabda bahawa umat akhir zaman akan berlaku paginya Islam tetapi malamnya kafir, paginya kafir petangnya Islam..ini menunjukkan iman boleh tercabut dengan mudah pada dalam diri kita umat akhir zaman ini..
Bermujahadahlah dengan melawan kehendak nafsu, sentiasa berzikir, mendalami ilmu agama, mengingati mati, membaca al-Quran dan sebagainya dan jangan lupa solat Tahajjud kerana itu boleh menguatkan jiwa..jangan pernah berhenti mendalami ilmu terutama ilmu agama kerana apabila kamu berhenti maka kamu akan berhenti memimpin meskipun untuk memimpin diri kamu sendiri.
wallahu a’lam…
No comments:
Post a Comment