Tuesday, May 3, 2011

raudatul jannah



Bismillahirahmanirrahim

sebelum ni ana ada sebut pasal uzlahkan, knp agaknya ye?
kalau kita perasan tujuan kita beruzlah ialah untuk memberi kita ruang waktu berfikir

Allah swt berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 191, bermaksud
" Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata wahai Tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada azab neraka"


Alhamdulillah, selepas kita terdetik untuk kembali menoleh pada tuntutan agama maka sebaiknya kita ambil langkah pertama dengan mendekati alim ulama dan asatizah. Dalam maksud kita ringankan kaki dan usaha mengatur diri menghadiri majlis ilmu dan kauseri.

Dalam seminggu berapa kali kita pergi pasar? berapa kali kita pergi padang bola? berapa kali kita pergi hypermarket? malah dalam sehari berapa jam kita habiskan masa kat depan tv, fb, chat dan lain-lain hal..
oklah ada yang jawab...
- kita pergi pasar bukan saja2 tapi untuk beli keperluan dapur..!Salah ke?..
- hei bro kitaorang pergi main bola tiap2 petang tuh untuk jaga kesihatan badan,faham!!
- adik2, akak pergi hypermarket ni untuk cari barang2 penting je...
- tv ni kita beli untuk tengok, dah tu kalau tak tengok buat ape kita beli...
- kita spend masa depan fb nih bukan selalu cuma tiap2 malam je..tak pun dalam seminggu tuh tak sah kalau tak bukak so nampaknya pentinglah jugak..
- kita chat untuk bincang pasal kerjalah..!!!

baiklah, ana tak cakap yang benda tu semua takde faedah sebaliknya jika kita pandai menguruskannya maka banyak faedah yang kita perolehi...
cuma apa yang patut kita fikirkan bersama ialah "alasan", "sebab" dan yang sewaktu dengannya
kenapa ana cakap perihal alasan pulak nih, hem.. cuba kita perhatikan pada setiap jawapan kita pasti akan temui asbab atau alasan kita perlakukan sesuatu hal itu, betul tak?
begitu juga pada kehendak untuk turut bersimpuh dalam 'raudatul jannah' atau majlis ilmu...mungkin kerana kesamaran pada sebab yang kukuh dalam diri kita untuk hadir menyebabkan kita rasakan majlis ilmu itu tidak penting lantas kita lebih suka melakukan pekerjaan yang lain...

perlu diingatkan hati kita yang sentiasa lalai akan mudah terbentuk pada lantunan peringatan demi peringatan dari para murobbi dan mengenai kebesaran Allah swt perlu sentiasa kita dengar agar perasaan takut untuk melakukan larangan-Nya dan perasaan berharap pada rahmat-Nya tertanam dalam sanubari yang paling dalam lantas dinukilkan pada perlakuan dan percakapan yang diredai-Nya.
Cubalah kita tetapkan masa sekurang-kurangnya dalam seminggu mesti kita peruntukkan untuk mendengar ceramah agama sebagai tambahan pada mendengar khutbah jumaat yang telah ditetapkan itu. Tidak berasa rugikah kita sekiranya kita dapat luangkan masa kita untuk melakukan kerja lain selain dari mengikuti kelas agama sedangkan Allah telah muliakan mereka yang menghadiri majlis ini dengan taufiq dan hidayah-Nya.
Pernahkah kita terfikir berapa ramai yang ada kereta tetapi keretanya tidak membawanya pada majlis ilmu, berapa ramaikah yang ada kaki tetapi kakinya tidak menjalankan dirinya ke majlis ilmu, berapa ramaikah yang ada keluarga tetapi keluarganya tidak mengingatkan dia pada hal-hal agama, berapa bilangkah mereka yang ada kawan tetapi kawannya tidak mengajaknya pada perkara yang diredai Allah....???

Inilah yang dikatakan Maha Rahman Allah memberikan nikmat-Nya tanpa mengira Islam, yahudi atau nasrani...semua mendapat nikmat yang sama tetapi berapa ramaikah yang mendapat Maha Rahim-Nya dengan diberi Rahmat khusus hanya senya pada mereka yang beriman dan mengimpikan Keredaan-Nya...sama-sama ada kereta, orang kufur dan orang beriman tetapi bezanya orang beriman keretanya membawanya ke majlis ilmu dan tempat2 bermanafaat, sama-sama ada kaki tetapi kaki orang beriman membawanya pada perkara yang Allah reda, sama-sama ada keluarga ..Obama dengan keluarganya dan Osama dengan keluarganya tetapi keluarga Obama berpesan kepada Obama agar menghancurkan ummat Islam secara diam-diam dan rahsia tetapi keluarga Osama berpesan padanya agar terus berjuang menegakkan Islam dalam diam-diam dan rahsia..putihkanlah jiwa mu dgn pilihan yang benar..


Nah....korang pilihlah nak nikmat mana, moga-moga kalian pilih untuk berada dalam nikmat yang Allah khususkan pada orang yang beriman...

Baiklah, kenapa mesti hadir majlis ilmu..tak boleh ke kalau kita belajar melalui baca buku atau dengan menggunakan teknologi seperti internet je ?
-sebetulnya belajar melalui buku dan internet itu boleh tetapi perlu kita ingat pesan Rasulullah iaitu belajar tanpa guru maka syaitanlah gurunya...jadi sebaiknya kita tetap belajar dengan asatizah dalam majlis ilmu dan sebagai maklumat tambahan maka bolehlah kita baca dan search dalam internet...kalau-kalaulah ada yang kita tak faham dari buku yang kita baca tu atau kita tak faham dari penerangan dalam internet tu maka bolehlah kita tujukan soalan tersebut pada asatizah ketika dalam majlis ilmu nanti...selamatlah kita dari tipu daya syaitan yang nak memesongkan kita dari pemahaman yang sebenar...

Perkara pertama dalam agama ialah kenal Allah...jadi tujuan kita hadiri majlis ilmu itu ialah untuk mengenal siapa pencipta kita dan perkara yang patut kita tahu selaku seorang hamba...

ILMU ITU WAJIB DITUNTUT SEBELUM MENGUCAPKAN DAN BERAMAL
(ana nakalkan dari kitab Shahih Bukhary jilid 1)
Hal di atas itu didasarkan kepada firman Allah taala bermaksud :
" Maka ketahuilah bahwa sesungguhnya saja tiada Tuhan melainkan Allah"

Jadi didahulukan kata-kata "ilmu" yang tujuannya agar kita menuntunya dahulu sebelum mengucapkan sesuatu atau mengamalkannya. Selain itu disebutkan pula bahawa para alim ulama itu adalah para pewaris nabi-nabi, sedangkan nabi-nabi itu mewariskan ilmu pengetahuan belaka. Oleh sebab itu dinyatakan selanjutnya sebagai bermaksud berikut :

" Barang siapa yang mengambil ilmu dengan menuntutnya sebaik mungkin, maka ia telah mengambil suatu bahagian yang cukup banyak dan barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah tentu mempermudahkan jalan untuknya menuju syurga".
Allah Ta'ala berfirman ertinya :
1." Orang-orang yang takut kepada Allah dari golongan hamba-hambaNya itu hanyalah para alim ulama"
2." Dan tidak akan dapat mengerti perihal segala ilmu pengetahuan itu, kecuali orang-orang yang mengetahui yakni berilmu"
3. " Mereka berkata ' Andai kata kita semua dulu sewaktu di dunia suka mendengar ajaran agama yang benar atau kita mau menggunakan akal fikiran kita, tentulah kita semua sekarang ini iaitu pada hari kiamat sesudah masuk neraka Sa'ir.' "
4." Adakah sama orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan".

Nabi saw juga bersabda bermaksud :
" Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka ia dikurniakan kefahaman yakni pengertian mengenai ilmu pengetahuan keagamaan dan ilmu itu hanyalah dapat diperoleh dengan belajar".

Abu Dzar berkata : " Andai kata kamu semua meletak sebilah pedang di atas ini ",di waktu itu ia menunjuk kearah lehernya, " Kemudiaan aku memperkirakan masih ada waktu untuk melangsungkan
 atau menyampaikan sepatah kata saja yang ku dengar dari Nabi s.a.w. sebelum kamu semua melaksanakannya yakni memotong leherku, nescaya ku sampaikan sepatah kata dari Nabi s.a.w. itu".

Ibnu Abbad berkata : " Jadilah kamu semua itu golongan rabbani, penuh kesabaran serta pandai dalam hukum fiqih yakni ilmu pengetahuan yang berhubung dengan hukum-hukum agama".

kata "Rabbani" itu bermaksud orang yang mendidik para manusia dengan mengajarkan ilmu pengetahuan yang kecil-kecil sebelum memberikan ilmu pengetahuan yang besar-besar atau tinggi-tinggi dan pelik-pelik".

Inilah yang kita ingin capai menerusi Raudatul Jannah itu...
faham ana dalam hadis Rasulullah s.a.w. iaitu jadilah kamu golongan yang mengajar, jika kamu tidak mampu maka jadilah orang yang belajar, jika kamu tidak mampu maka jadilah orang yang mendengar dan janganlah kamu jadi orang yang keempat, maka bertanya sahabat bagaimanakah orang keempat itu wahai Rasulullah ? lalu Nabi menjawab maka celakalah mereka itu....
setidak-tidaknya biarlah kita jadi orang yang mendengar agar selamat kita dari golongan yang keempat itu..
wallahu a'lam, ana akan sambung lain kali plak insya Allah...

3 comments:

  1. Assalamualaikum...terima kasih sebab mmpelawa ana untuk join blog anta!
    syukran sebab mengisi ruangan ini dgn perkara yg bermanfaat yg boleh dikongsi bersama...ilmu,kat mana2 kita boleh tuntut asalkan cukup basic neednya,guru,pelajar dn alat tulis
    -harap anta boleh nasihatkn ana pasal pelajaran agar ana ada semangat nk smbung belajar,ana xnk kecewakan mak ,cukuplah ana mnyusahkn beliau selama ni..entah kenapa ...
    oh ya boleh tk ana jemput kawan2 yg lain @ share post lam blog ni?-minta kebenaran...

    ReplyDelete
  2. salam..
    ana tak halang sape2 nak baca n kongsi apa2 pun, dan mmg itu tujuan ana agar dpt menjadi manfaat buat mereka yg mahukannya..insyaAllah ana akan cuba kongsi lagi perkara yg ana harap berguna buat semua..psl pelajaran tu nanti ana akn usahaknnya..tq krn comment

    ReplyDelete
  3. same2..em tq sebab bg kebenaran..dengar khabar enta mohon tajaan mara ,mcm mana? dh gi intrview kn...

    ReplyDelete