Sunday, September 13, 2015

Attachment di HRPZ

Pengalaman ber’Attachment’

Bismillah…

Bermula  : 23.8.15 - 10.9.15
Bertempat : Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu
Di Round  : A&E

Gaya penulisan saya formal diawal dan semi diakhirnya…hadapilah

Buat pertama kalinya setelah 4 tahun menuntut ilmu perubatan, saya pulang dan membuat keputusan untuk ber’attachment’ di HRPZ 2. Semasa belajar di Mesir, dengan diri yang malas dan kelemahan dalam penguasaan bahasa arab menjadikan sedikit kekangan buat diri ini untuk mempraktiskan skills perubatan kepada pesakit. 3 tahun pre-clinical dan setahun clinical year rasanya memang patut memulakan attachment.

 “Attachment ni korang buat bila dah masuk tahun clinical, baru best skit tp tak salah untuk masuk awal semasa pre-clinical lagi cuma kebiasaannya orang tunggu clinical yearlah..” itulah kata senior. Kebiasaannya begitulah  tapi yang luar biasa tu jarang berlaku. Kenal seorang senior alex ni, setiap kali dia balik mesti dia buat attachment even masa tu dia masih lagi di tahun 1 pre-clinical dan sekarang dia antara legend alex yang banyak disebut orang.


Disebabkan ini adalah kali pertama  jadi banyak benda tak tahu. Selepas dari serahan surat kelulusan uni untuk buat attachment di HRPZ kepada pihak hospital, tarikh untuk mulakan attachment akan dipilih, round mana satu yang menjadi idaman ditentukan dan segala keperluan akan diberitahu dan kemudian email ditunggu sebagai respone dari pengesahan permohonan ini. Sepanjang penantian hari pertama, beberapa persiapan dibuat. Tanya member-member  yang berpengalaman dan revise balik benda-benda asas seperti vital sign, general examination dan baca juga berkenaan endemic diseases  dekat Malaysia.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba tetapi email belum lagi diterima. Coat putih dilipat kemas di dalam beg hitam jenama adidas. Buku Sarawak Medical Emergency tersimpan elok dan stethoscope jenama spirit telah siap untuk digunakan bila-bila masa sahaja.Hati dah tak sabar nak mulakan attachment. Jadi bila keadaan jadi macam ni terus ke pejabat pengurusan dan berjumpa dengan staff yang menguruskan surat tersebut. Alhamdulillah tiada masalah pun sebenarnya. Mungkin dia sibuk dengan urusan yang lebih penting. No biggie asalkan dapat buat attachment.

Bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Inilah masa yang telah ditetapkan bagi medical students yang buat attachment. ‘Pelatih Kesihatan’. Gelaran pada nametag kami tapi apabila pesakit  melihat coat putih dan stethoscopeditangan maka kami dipanggil ‘Doktor’ juga.


Seawal jam 8 pagi, kami akan bersama HO untuk mengikuti round di ward casualty dan doctor specialist akan incharge sebagai menilai medical report pesakit dari setiap HO. Selalunya jam 10 pagi akan selesai dan sepanjang berada di setiap katil pesakit kadang-kadang doc specialist akan menyoal juga medical students tentang basic knowledge dan selalunya berkenaan dengan normal body physiology, pathophysiology atau pharmacology dan kadang-kadang ada juga doc yang minta untuk kita yang buatkan examination or kita diminta untuk bentangkan patient’s history. Pengalaman sendiri, HO minta saya untuk bentangkan kepada dia tentang BPPV dan HHS. Mahu tak mahu memang kena bentang juga cuma HO bagi kita masa sehari untuk prepare tapi untuk kes HHS tu dalam masa 15 min je untuk baca dan bentang. Seram tapi sangat bermakna.


Habis round ward, kami akan berkumpul dengan doctor specialist untuk bersoal jawab tentang apa-apa topic menarik dari patient presentation case dan patient management .Kami juga berpeluang untuk tahu kes menarik dekat hospital sebagai contoh kes denggi. Kes denggi  is a common case dan di Kelantan case denggi boleh admitted dengan atypical symptoms. Patient mengadu demam panas mengigil pada hari pertama tapi sudah dalam compensated shock. Usually shock berlaku hari ke -4 atau ke- 5 dalam critical phase. Sebab itu case denggi penting untuk dinotify especially when patient complain high fever and present of warning signs. Ada juga case yang rare contoh Hyperglycemic Hyperosmolarity Syndrome(HHS). One of the complication of uncontrolled diabetic mellitus. Case yang rare ini sebagai penambah rasa untuk menaikkan semangat belajar medic sahaja dan tidak dibincang panjang lebar oleh doc specialist. Yang ditekankan ialah common diseases.


Pada hari tertentu, akan ada department yang mengadakan CME iaitu ‘Continuation Medical Education’. CME ini lebih kurang seperti lecture di zaman medical study. Semua HO dan medical students digalakkan untuk  attend. Menarik juga topic yang dibentangkan. Sebelum ini dibentangkan perbandingan antara leptospirosis dan typoid fever dan selepas perbentangan akan ada QnA. CME kebiasaannya hanya seminggu sekali dan bergantung pada keperluan. Selalunya HO tahu berkenaan CME jadi boleh tanya HO yang incharge ward jika hari itu ada CME atau tidak. Selepas ikut ward round kami akan pergi zone lain pula dan yang memang selalu pergi ialah yellow zone dan red zone.
 Dalam A&E ada 3 zone. Red Zone, Yellow Zone dan Green Zone. Tiga zone ini dibahagi mengikut keseriusan pesakit. Di red zone, bila admitted patient selalunya akan dibunyikan loceng.  


Kalau nak try buat  long case atau short case. Yellow zone dan wad casualty selalunya jadi pilihan. Waktu pagi biasanya tak ramai sangat dan sebelah petang selepas zohor tu patient admitted makin ramai. Selepas lunch dan solat zohor minggu pertama, medical students akan stay sampai ke petang di mana-mana zone tapi masuk minggu kedua ketiga dan seterusnya, biasanya ini adalah waktu pulang. Personally library akan jadi pilihan saya untuk stay selepas zohor sampai asar.


Sedikit cadangan kat kekawan untuk jadikan attachment terasa ohsem. Masa attachment biasanya kita akan berada dalam satu group. Semua medical faculties akan ada dalam satu group. So pilih lah rakan-rakan attachment yang rajin dan suka berkongsi ilmu. Buatkan small group discussion (SGD). So selepas tamat ward round dalam pukul 10 lebih camtu, ambillah mana-mana case report yang common dan menarik dari case report patient. Bila pulang ke rumah, buatlah sedikit ulangkaji berkenaan topic yang dipilih dalam SGD tu dan pada keesokan harinya ikut rutin pagi macam biasa dan gap antara round ward dan lunch tu isilah dengan SGD dari topic yang dipilih semalam. Minta kerjasama dari semua ahli SGD untuk pick topic masing-masing dan bentangkan. Seriously kalau betul-betul buat memang sangat membantu dan sangat menarik. Masuk waktu zohor berhentilah rehat, makan dan solat kejab. Lepas tu sambung balik untuk buat physical examination (PE) untuk shortcase sampailah ke petang pastu balik rumah.


Alhamdulillah pengalaman sendiri bersama geng A&E(group SGD) sangat menyeronokkan bahkan masa sampai ke petang tu tidak terasa bosan malah bertambah semangat untuk belajar medic. Doakanlah agar berkekalan hamasah ini dan moga dipermudahkan jalan yang berliku ini dengan dikuatkan jiwa menghadapinya. Moga terselit manfaat.


Akhir sekali saya berpesan kepada kekawan semua untuk tajdid niat semula. Ambil tahu juga berkenaan dengan sunnah Nabi ketika menziarahi pesakit sebab rugi sangat jika kita yang memang saban hari bertemu pesakit tetapi tidak dapat pahala sunnah menziarahi pesakit. Banyak lagi pengetahuan yang boleh kita persiapkan sebelum mula buat attachment jadi preparelah betul-betul dan jadilah orang yang kaya dengan niat yang baik-baik. Semoga dipermudahkan in shaa Allah. Wallahu a’lam.

Terima kasih kerana sudi membaca.