Tuesday, July 26, 2011

belajar dalam musafir

salam semua...
ana di sini setakat nak berkongsi perjalanan hidup ana sebagai pelajar..
dan ana harap sedikit sebanyak dapat dijadikan renungan buat mereka yang niat utk ambil pengajaran..
"Setiap masalah jadikan Tarbiah" tapi pada ana " Setiap masa jadikan Tarbiah"
kenapa...so this is may story....



ana skrang boleh dikatakan bermusafir utk timba ilmu pengetahuan...
dalam kita berjalan dan terus berjalan, kadang-kadang kita rasa sunyi ...
boleh jadi kerana tiada sahabat di sisi yang menghiburkan hati atau mungkin sahaja kerana tiada ahli keluarga yg sentiasa memberi kata-kata semangat dan dorongan...tapi sebenarnya sedar atau pun tidak ada sesuatu
yang sentiasa membawa kita pada mengingati kehadiran kasih Allah pada diri kita yang hina ini...

Dalam keangkuhan berjalan, dalam kesibukan mengejar masa....
semua perkara dianggap penting agar tidak ada yang kita terlepas utk membuatnya...
sedarkah kita yang kaki kita yang memijak bumi ini sedang berjalan dan melintasi makhluk Allah...
apakah dia..

Dialah yang kita kenali sebagai rakan hijau..hihihi
rakan hijau...ye, dialah kehidupan hijau iaitu hamparan penyejuk bumi atau rumput-rumput di bawah kaki kita..
kenapa 'rakan hijau'...krn pada pendapat ku rakan ialah mereka yang dapat mengingatkan kita waktu kita lupa..

so what is exactly they are trying to remind us...
actually they teach us to be someone that always appreciate with what had been given and remind us to be a grateful servant...

to whom..of course toward Him..

inilah yang dikatakan tarbiah setiap masa..iaitu bila mana kau melihatnya maka cuba kau timbulkan dalam sanubari yang paling dalam ini..."Ya Allah dimanakah aku sebagai makhluk yang kau angkat sebagai khalifah di bumi tetapi sering kali lupa pada Mu dan sering kali rasa bangga dengan dosa yang kami lakukan, nun makhluk yang dibawah kaki ku ini(rakan hijau) mereka tidak lekang dari memuji dan memuja Mu"...dalam setiap langkah dan perjalan dapat kita dengar zikir alam yang hanya dapat didengar oleh mereka yang mengerti..rasa hina diri pada dosa yang banyak dan dalam permusafiran itu dapatlah kau basahi lidahmu dengan istighfar....dan lihatlah ke sekeliling mu kerana Allah tidak jadikan semua itu sia-sia melainkan ada hikmahnya dan hikmah itu akan didapati pada mereka yang berfikir...


salam bermusafir buat kalian yg baru mula berjalan...berjalanlah diatas muka bumi Allah ini kerana banyak pengajaran yang akan kau perolehi dgn syarat kau berkehendak utk mendapatkannya dan mencarinya...
ingatlah rakan-rakan...dunia kita juga suatu perjalanan yang kita tidak pasti akhirnya tapi apa yang kita pasti ialah suatu masa nanti perjalanan kita ini akan dipertanggungjawabkan utk setiap langkah itu...

Wednesday, May 18, 2011

MANUSIA MEMANUSIAKAN MANUSIA


MANUSIA MEMANUSIAKAN MANUSIA
Bismillahirrahmanirrahim…
Semasa ana darjah 6, ana ada hadiri satu kem dan tema bagi program itu ialah “Manusia Memanusiakan Manusia”. Pada pendapat korang semua, apa yang korang faham pasal tema ini? Kalau bercakap mengenai manusia yang menyampaikan kepada manusia memanglah betul sebab Allah angkat Rasul dalam kalangan manusia pun kerana hanya manusia yang faham sesama manusiakan…
Tapi yang ana nak bercakap sekarang bukan soal ‘menyampaikan’ tetapi  sesuatu yang layak untuk membentuk menusia menjadi insan yang berguna atau khalifah atas muka bumi ini…
Baiklah kalau ana tanya korang, boleh tak seorang pencuri menasihati pencuri yang lain agar tidak mencuri? Pasti tidak boleh kerana dia sendiri yang mencuri..
Boleh tak seekor beruk mengajar beruk yang lain untuk memilih antara kelapa muda dan tua? Sudah pasti tidak boleh kerana yang mengajar beru itu ialah manusia..
Kalau dilihat dan diperhatikan pada pernyataan ana mengenai beruk itu kita boleh fahami sesuatu iaitu seorang atau sesuatu yang mulia sahaja yang mampu mengajar sesuatu yang lain. Manusia pada tingkat yang mulia daripada berukkan jadi manusialah yang mampu mengajar beruk itu…


Jelas di sini bahawa manusia tidak mampu untuk memanusiakan manusia kerana masing-masing pada tahap yang sama dalam erti kata manusia memerlukan sesuatu yang lebih mulia dari manusia…
Agak-agak apakah sesuatu yang lebih mulia dari manusia? Inilah yang dipanggil Agama Islam seperti mana kita biasa dengar “Islam itu agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya”.


Allah menurunkan kepada Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. al-Quran melalui malaikat Jibril a.s. Allah juga telah mengangkat martabat Baginda. Di sinilah yang dikatakan manusia tidak dapat memanusiakan manusia melainkan manusia itu dimanusiakan dengan suatu perkara yang lebih mulia dari manusia.
Inilah sebab pentingnya kita berpegang teguh dengan agama Islam kerana di situlah kita akan mendapat kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Wallahua’lam.

Sunday, May 15, 2011

iman dan ilmu






Bismillahirrahmanirrahim
Salam semua, ana rasa penulisan ana untuk kali ini ialah mengenai
“ Perbezaan antara Iman dan Ilmu”
Ana terdetik untuk tulis pasal benda ni sebab ana sendiri pun baru perasan…
Agak-agaknya apa yang ana gusarkan ye, hem…
Baiklah, semuanya bermula bila ana menyertai satu kursus yang dijalankan di Masjid Panchor iaitu kursus ‘Bina Usahawan Muslim’, ana ada lah sikit-sikit dalam perancangan jangka masa panjang untuk berkolaborasi dalam bidang nih…
Jadi kursus ini majoriti penyertaannya adalah saudara baru kita(muallaf) yang tinggal di PERKIM. Dalam kesempatan ini, ana sempatlah berkenalan dengan mereka dan sedikit sebanyak bertanyakan khabar mereka sebagai saudara baru dalam Islam. Kursus ini berlangsung dari pukul 8.30 pagi sehingga waktu asar…yang seronoknya ialah selepas asar sebab kat masjid biasanya ust.Shafie akan baca ta’lim tapi hari tu diorang yang baca jadi tu yang meriah skit tu hahaha!!



Alhamdulillah nak di jadikan cerita ana berkenalan dengan seorang bekas penganut agama Hindu, memang cerita sakanlah pasal background dia dan bagaimana dia mula terima hidayah sampailah suatu topik dia cakap “kalau kita nakkan ilmu kita bertambah maka kita kena usaha dan begitu juga kalau kita nak iman kita bertambah maka kita kena mujahadah”…dari apa yang dia katakan tu, terdetik dalam benak fikiran ana “eh, ilmu dan iman itu berbeza! Tapi kenapa selama ni aku tak sedar akan hal ini!” .Selesai perbualan itu, ana pulang bersama fikiran yang cuba merungkai maksud kata-kata saudara Islam sebentar tadi hu…mulianya mereka di sisi Allah berbanding diri ana yang hina ini, dalilnya lihatlah pada susunan kata-katanya itu penuh dengan bau-bau hikmah bagi mereka yang ingin memikirkannya..Allahu akhbar!!!
Natijah dari perbualan itulah ana putuskan untuk berkongsi bersama antum semua….



Iman itu adalah ucapan dan perbuatan. Ia dapat bertambah dan berkurang. Mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah termasuk dalam keimanan.(nakal dari shahih Imam Bukhary jilid 1)
Nabi Ibrahim a.s. pernah berkata :
Perihal beriman memang telah beriman, tetapi agar tenanglah hatiku
Keterangan :
Asal mula Nabiullah Ibrahim a.s. mengatakansebagaimana yang tercantum di atas itu ialah kerana beliau a.s. ingin mengetahui dengan mata kepala sendiri sebagaimana cara atau kaifiatnya Allah menghidupkan para makhluk pada hari kiamat nanti sesudah mereka mati. Allah lalu bertanya, apakah belum beriman kepada kekuasaanNya. Beliau a.s. kemudian menjawab bahawasanya dalam hal keimanannya sudah tidak dapat diingkari lagi, ertinya benar-benar tebal dan kokoh keimanannya, tetapi untuk memantapkan hati sanubari nya agar tenang kalbunya. Itulah yang menyebabkan beliau meminta agar supaya diperlihatkan bagaimana cara menghidupkannya kembali itu. Mengenai lanjutan cerita ini dapat diperiksa dalam al-Quran, surah al-Baqarah pada ayat 260.
Dengan jalan menyaksikan sendiri cara menghidupkan apa-apa yang mati itu makin bertambahlah kadar keimanan Nabiullah Ibrahim a.s.
Mu’azd pernah mengatakan kepada kawan-kawannya : “Duduklah di sini bersama kami sesaat untuk menambah keimanan kita”. Yang dimaksudkan oleh mu’adz ialah bersama-sama berzikir kepada Allah Ta’ala, ataupun mengingat-ingat ilmu pengetahuan agama, ataupun hadith Nabi s.a.w. dan lain-lain lagi.
Ibnu Mas’ud berkata : “Keyakinan adalah keimanan secara keseluruhannya”.
Ibnu Umar berkata : “ Seseorang hamba itu tidak akan dapat mencapai hakikat ketaqwaan kepada Allah, sehinggalah ia dapat meninggalkan apa saja yang dirasakan tidak enak dalam hati”.
Secara jelasnya iman itu percaya, sejauh mana keyakinan kita pada apa yang kita percaya maka sejauh itulah keutuhan iman kita…



Macammana pulak nak kaitkan dengan ilmu…
Ilmu merupakan jalan untuk kita menambah kekuatan iman, contohnya :
Semua umat Islam tahu neraka itu ada, betul tak? Tapi kenapa masih sanggup melakukan dosa yang akan membawa kita kepadanya…jadi kalaulah ada segelintir yang mengajak kita minum arak maka secara spontannya terlintas dihati kita,ini ialah suatu perbuatan yang membawa kepada dosa besar tapi apa yang akan menghalang kita dari melakukannya..di sinilah peranan ilmu iaitu dengan mengetahui dan mendalami ilmu agama mengenai indahnya nikmat-nikmat untuk mereka yang bersabar dalam menolak segala pujuk rayu dunia dan betapa pedih dan jeliknya azab yang menanti mereka yang menerima maksiat itu maka kuatlah keyakinan kita akan ilmu yang kita telah pelajari itu lantas membantu menguatkan keyakinan iman dalam diri ini untuk menolak semua itu…
Masalahnya sekarang kenapa terdapat segelintir mereka yang mendalami ilmu agama masih lagi senang dengan maksiat yang dilakukannya sedang dia tahu akan berita azab yang akan menimpanya…inilah sebab dikatakan limpahan ilmu itu tidak mampu menguatkan iman !


Ilmu adalah suatu bab yang berbeza dengan iman…
Walaupun kita sudah berada pada jalan mereka yang mendalami ilmu agama tetapi kita mesti ingat iman boleh rosak dengan mudah jika tidak dijaga malah iman boleh dipunahkan hanya dalam tempoh dua fardu solat sahaja. Inilah sebab pentingnya kita sedar akan kondusi iman kita sekarang ..
Adakah sakit ia? Atau mungkin ia hanya tinggal nyawa ikan?...

Ingat kawan, Rasulullah pernah bersabda bahawa umat akhir zaman akan berlaku paginya Islam tetapi malamnya kafir, paginya kafir petangnya Islam..ini menunjukkan iman boleh tercabut dengan mudah pada dalam diri kita umat akhir zaman ini..
Bermujahadahlah dengan melawan kehendak nafsu, sentiasa berzikir, mendalami ilmu agama, mengingati mati, membaca al-Quran dan sebagainya dan jangan lupa solat Tahajjud kerana itu boleh menguatkan jiwa..jangan pernah berhenti mendalami ilmu terutama ilmu agama kerana apabila kamu berhenti maka kamu akan berhenti memimpin meskipun untuk memimpin diri kamu sendiri.
Sama-sama kita muhasah dan koreksi diri….
wallahu a’lam…

Tuesday, May 3, 2011

raudatul jannah



Bismillahirahmanirrahim

sebelum ni ana ada sebut pasal uzlahkan, knp agaknya ye?
kalau kita perasan tujuan kita beruzlah ialah untuk memberi kita ruang waktu berfikir

Allah swt berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 191, bermaksud
" Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata wahai Tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada azab neraka"


Alhamdulillah, selepas kita terdetik untuk kembali menoleh pada tuntutan agama maka sebaiknya kita ambil langkah pertama dengan mendekati alim ulama dan asatizah. Dalam maksud kita ringankan kaki dan usaha mengatur diri menghadiri majlis ilmu dan kauseri.

Dalam seminggu berapa kali kita pergi pasar? berapa kali kita pergi padang bola? berapa kali kita pergi hypermarket? malah dalam sehari berapa jam kita habiskan masa kat depan tv, fb, chat dan lain-lain hal..
oklah ada yang jawab...
- kita pergi pasar bukan saja2 tapi untuk beli keperluan dapur..!Salah ke?..
- hei bro kitaorang pergi main bola tiap2 petang tuh untuk jaga kesihatan badan,faham!!
- adik2, akak pergi hypermarket ni untuk cari barang2 penting je...
- tv ni kita beli untuk tengok, dah tu kalau tak tengok buat ape kita beli...
- kita spend masa depan fb nih bukan selalu cuma tiap2 malam je..tak pun dalam seminggu tuh tak sah kalau tak bukak so nampaknya pentinglah jugak..
- kita chat untuk bincang pasal kerjalah..!!!

baiklah, ana tak cakap yang benda tu semua takde faedah sebaliknya jika kita pandai menguruskannya maka banyak faedah yang kita perolehi...
cuma apa yang patut kita fikirkan bersama ialah "alasan", "sebab" dan yang sewaktu dengannya
kenapa ana cakap perihal alasan pulak nih, hem.. cuba kita perhatikan pada setiap jawapan kita pasti akan temui asbab atau alasan kita perlakukan sesuatu hal itu, betul tak?
begitu juga pada kehendak untuk turut bersimpuh dalam 'raudatul jannah' atau majlis ilmu...mungkin kerana kesamaran pada sebab yang kukuh dalam diri kita untuk hadir menyebabkan kita rasakan majlis ilmu itu tidak penting lantas kita lebih suka melakukan pekerjaan yang lain...

perlu diingatkan hati kita yang sentiasa lalai akan mudah terbentuk pada lantunan peringatan demi peringatan dari para murobbi dan mengenai kebesaran Allah swt perlu sentiasa kita dengar agar perasaan takut untuk melakukan larangan-Nya dan perasaan berharap pada rahmat-Nya tertanam dalam sanubari yang paling dalam lantas dinukilkan pada perlakuan dan percakapan yang diredai-Nya.
Cubalah kita tetapkan masa sekurang-kurangnya dalam seminggu mesti kita peruntukkan untuk mendengar ceramah agama sebagai tambahan pada mendengar khutbah jumaat yang telah ditetapkan itu. Tidak berasa rugikah kita sekiranya kita dapat luangkan masa kita untuk melakukan kerja lain selain dari mengikuti kelas agama sedangkan Allah telah muliakan mereka yang menghadiri majlis ini dengan taufiq dan hidayah-Nya.
Pernahkah kita terfikir berapa ramai yang ada kereta tetapi keretanya tidak membawanya pada majlis ilmu, berapa ramaikah yang ada kaki tetapi kakinya tidak menjalankan dirinya ke majlis ilmu, berapa ramaikah yang ada keluarga tetapi keluarganya tidak mengingatkan dia pada hal-hal agama, berapa bilangkah mereka yang ada kawan tetapi kawannya tidak mengajaknya pada perkara yang diredai Allah....???

Inilah yang dikatakan Maha Rahman Allah memberikan nikmat-Nya tanpa mengira Islam, yahudi atau nasrani...semua mendapat nikmat yang sama tetapi berapa ramaikah yang mendapat Maha Rahim-Nya dengan diberi Rahmat khusus hanya senya pada mereka yang beriman dan mengimpikan Keredaan-Nya...sama-sama ada kereta, orang kufur dan orang beriman tetapi bezanya orang beriman keretanya membawanya ke majlis ilmu dan tempat2 bermanafaat, sama-sama ada kaki tetapi kaki orang beriman membawanya pada perkara yang Allah reda, sama-sama ada keluarga ..Obama dengan keluarganya dan Osama dengan keluarganya tetapi keluarga Obama berpesan kepada Obama agar menghancurkan ummat Islam secara diam-diam dan rahsia tetapi keluarga Osama berpesan padanya agar terus berjuang menegakkan Islam dalam diam-diam dan rahsia..putihkanlah jiwa mu dgn pilihan yang benar..


Nah....korang pilihlah nak nikmat mana, moga-moga kalian pilih untuk berada dalam nikmat yang Allah khususkan pada orang yang beriman...

Baiklah, kenapa mesti hadir majlis ilmu..tak boleh ke kalau kita belajar melalui baca buku atau dengan menggunakan teknologi seperti internet je ?
-sebetulnya belajar melalui buku dan internet itu boleh tetapi perlu kita ingat pesan Rasulullah iaitu belajar tanpa guru maka syaitanlah gurunya...jadi sebaiknya kita tetap belajar dengan asatizah dalam majlis ilmu dan sebagai maklumat tambahan maka bolehlah kita baca dan search dalam internet...kalau-kalaulah ada yang kita tak faham dari buku yang kita baca tu atau kita tak faham dari penerangan dalam internet tu maka bolehlah kita tujukan soalan tersebut pada asatizah ketika dalam majlis ilmu nanti...selamatlah kita dari tipu daya syaitan yang nak memesongkan kita dari pemahaman yang sebenar...

Perkara pertama dalam agama ialah kenal Allah...jadi tujuan kita hadiri majlis ilmu itu ialah untuk mengenal siapa pencipta kita dan perkara yang patut kita tahu selaku seorang hamba...

ILMU ITU WAJIB DITUNTUT SEBELUM MENGUCAPKAN DAN BERAMAL
(ana nakalkan dari kitab Shahih Bukhary jilid 1)
Hal di atas itu didasarkan kepada firman Allah taala bermaksud :
" Maka ketahuilah bahwa sesungguhnya saja tiada Tuhan melainkan Allah"

Jadi didahulukan kata-kata "ilmu" yang tujuannya agar kita menuntunya dahulu sebelum mengucapkan sesuatu atau mengamalkannya. Selain itu disebutkan pula bahawa para alim ulama itu adalah para pewaris nabi-nabi, sedangkan nabi-nabi itu mewariskan ilmu pengetahuan belaka. Oleh sebab itu dinyatakan selanjutnya sebagai bermaksud berikut :

" Barang siapa yang mengambil ilmu dengan menuntutnya sebaik mungkin, maka ia telah mengambil suatu bahagian yang cukup banyak dan barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah tentu mempermudahkan jalan untuknya menuju syurga".
Allah Ta'ala berfirman ertinya :
1." Orang-orang yang takut kepada Allah dari golongan hamba-hambaNya itu hanyalah para alim ulama"
2." Dan tidak akan dapat mengerti perihal segala ilmu pengetahuan itu, kecuali orang-orang yang mengetahui yakni berilmu"
3. " Mereka berkata ' Andai kata kita semua dulu sewaktu di dunia suka mendengar ajaran agama yang benar atau kita mau menggunakan akal fikiran kita, tentulah kita semua sekarang ini iaitu pada hari kiamat sesudah masuk neraka Sa'ir.' "
4." Adakah sama orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan".

Nabi saw juga bersabda bermaksud :
" Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka ia dikurniakan kefahaman yakni pengertian mengenai ilmu pengetahuan keagamaan dan ilmu itu hanyalah dapat diperoleh dengan belajar".

Abu Dzar berkata : " Andai kata kamu semua meletak sebilah pedang di atas ini ",di waktu itu ia menunjuk kearah lehernya, " Kemudiaan aku memperkirakan masih ada waktu untuk melangsungkan
 atau menyampaikan sepatah kata saja yang ku dengar dari Nabi s.a.w. sebelum kamu semua melaksanakannya yakni memotong leherku, nescaya ku sampaikan sepatah kata dari Nabi s.a.w. itu".

Ibnu Abbad berkata : " Jadilah kamu semua itu golongan rabbani, penuh kesabaran serta pandai dalam hukum fiqih yakni ilmu pengetahuan yang berhubung dengan hukum-hukum agama".

kata "Rabbani" itu bermaksud orang yang mendidik para manusia dengan mengajarkan ilmu pengetahuan yang kecil-kecil sebelum memberikan ilmu pengetahuan yang besar-besar atau tinggi-tinggi dan pelik-pelik".

Inilah yang kita ingin capai menerusi Raudatul Jannah itu...
faham ana dalam hadis Rasulullah s.a.w. iaitu jadilah kamu golongan yang mengajar, jika kamu tidak mampu maka jadilah orang yang belajar, jika kamu tidak mampu maka jadilah orang yang mendengar dan janganlah kamu jadi orang yang keempat, maka bertanya sahabat bagaimanakah orang keempat itu wahai Rasulullah ? lalu Nabi menjawab maka celakalah mereka itu....
setidak-tidaknya biarlah kita jadi orang yang mendengar agar selamat kita dari golongan yang keempat itu..
wallahu a'lam, ana akan sambung lain kali plak insya Allah...

Monday, March 21, 2011

Nak jadi "baik"...!!!

nak jadi baik...hem
baik,baik,baik...ramai yang tanya macam mana nak jadi baik....
alhamdulillah nampaknya ana akan mulakan penulisan blog ana ini dengan satu perkataan yang mudah dimainkan di bibir-bibir antum semua dan ana harap sedikit sebanyak dapat manfaat buat antum yang membacanya... sebelum ana kongsi pendapat ana macam mana nak jadi baik, insyaallah ana akan terangkan terlebih dahulu makna "baik" yang dikehendaki di sini

 "Baik" di sini ialah " buat perkara yang Allah suruh dan tinggal perkara yang Allah larang" jadi itulah maksud "baik"
 

 then we will go on by some example of situation right here...
oklah kalau antum katakan dah pakai tudung tapi solat tak cukup lima waktu jadi ia belum lagi boleh dipanggil seorang wanita yang baik....
kalau antum kata dah cukup solat lima waktu tapi main bola masih lagi pakai seluar pendek nampak lutut jadi tak boleh lagi nak dipanggil lelaki yang baik....

Bagaimana kalau kita terjun ke bawah lagi pada makna "baik" itu..
apa yang ana definisikan baik itu sudah jelas sebenarnya akan kehendak untuk jadi baik itu..




Dari hidup yang malap dengan lampu kalimantan yang hidup segan mati tak mau tu nak ubah kepada hidup terang benderang dengan lampu spot light...

antum pernah tak dengar perkataan "uzlah"....?

baiklah...uzlah atau beruzlah ialah mengasingkan diri dari orang lain..
aduh kenapa nak asingkan diri plak nih...apa kes nak relate ngan jadi "baik" plak nih..
bukan apa, bagi antum yang dah mula bangun dari kelalain dunia fatamorgana ini mungkin antum semua nak cuba cari jalan bagaimana nak tinggalkan semua bad habit tu kan..ana

ana dah kata this is part of my own journey dalam turut sama menjadi "baik"..
sabar ye hihihi..oklah
back to the point, try you all cari masa and duduk sorang2..
lantaklah kalau ade makhluk yang nak cakap you ni jiwang karat ke mabuk cinta ke, angau ke..
tak yah susah2 nak pedulikan semua tu..yang kita tau kita nak jadi...."baik"

dalam kita berseorangan itu cuba kita tengok keliling...ape yang ade?
dinding kosong..rumput hijau..meja study..manusia...
dan fikir sejenak siapa aku..
try to speak with your ownself by calling your name..cuba kita
tanya siapa yang bagi kita izin untuk fikir macam tu..siapa yang bagi kita izin ..
untuk menilai benda di sekeliling kita...
and again ask yourself ' when i could say thanks for the given'
cuba ingat semua kesenangan
cuba ingat segala kesusahan
adakah those things came through without nothing or its tought you somethings
ask your shallow heart till you may burst into tears..

'''''''''''...'''''''''''
insyaallah ana bagi tau part of this way next time ok...sharing is caring..
and that was what i heard from my clan hahaha..
better late than never k.....
by the way it is good to stop by this sentences from Quran for renung2an..

" Barangsiapa mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
( Surah an-Nahl:97 )

maksud kehidupan yang baik(haya_tan toyyibah) dalam ayat ini adalah ketenangan jiwa mereka dikeranakan janji baik Rabb mereka, keteguhan hati mereka dalam mencintai Dzat yang menciptakan mereka, kesucian nurani mereka dari unsur-unsur penyimpanan iman , ketenangan mereka dalam menghadapi setiap kenyataan hidup, kerelaan hati mereka dalam menerima dan menjalani ketentuan Allah, dan keihklasan mereka dalam menerima takdir. Dan itu adalah kerana mereka benar-benar yakin dan tulus menerima bahawa Allah adalah Rabb mereka, Islam agama mereka, dan Muhammad adalah nabi dan rasul yang diutuskan Allah untuk mereka.
-dipetik dari kata-kata Dr.'Aidh al-Qarni dalam kitab La Tahzan